Nadayu Properties Berhad
Notis Menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
Nadayu Properties Berhad, termasuk anak-anak syarikat serta syarikat-syarikat yang berkaitan, bersekutu, dan bergabung, sama ada masa kini atau masa hadapan (selepas ini dirujuk sebagai "kami", "kita" atau "kami") dengan ini ingin memaklumkan kepada anda, pelanggan yang kami hargai atau bakal pelanggan kami bahawa notis perlindungan data peribadi (selepas ini dirujuk sebagai “Notis ini”) diberikan kepada anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan peraturan-peraturan (selepas ini dirujuk sebagai "Akta ini").
Kami hanya akan mengumpul, mengekalkan, menggunakan dan mendedahkan Data Peribadi anda selaras dengan Akta ini.
Notis ini menerangkan bagaimana Data Peribadi yang anda berikan akan digunakan. Bagi tujuan Notis ini, istilah "pemprosesan" akan mempunyai erti yang sama seperti yang ditetapkan dalam Akta ini.
Sekiranya berlaku sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diamalkan. Kami mempunyai hak untuk mengubahsuai atau meminda Notis ini pada bila-bila masa dan akan meletakkan Notis yang telah dikemaskini di laman web kami di www.nadayu.com.my.
1. PEMPROSESAN DATA PERIBADI ANDA
Kami mungkin memproses maklumat peribadi anda serta sebarang maklumat tambahan yang anda salurkan kepada kami secara sukarela dari masa ke semasa, termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:-
(i) | nama, jantina, tarikh lahir, kewarganegaraan, status perkahwinan, nama pasangan, bangsa, kaum, asal-usul etnik, kad pengenalan/pasport, kelayakan, pekerjaan, majikan, bekas majikan, gambar; |
(ii) | jika ia adalah suatu syarikat, nama syarikat, nombor pendaftaran, alamat perniagaan, alamat berdaftar; |
(iii) | maklumat keutamaan perhubungan termasuk alamat pos, alamat e-mel, nombor telefon dan fax; |
(iv) | butiran bank/institusi kewangan yang relevan, nombor rujukan dan cawangan cukai pendapatan, skala gaji/pendapatan, butiran pinjaman yang dipohon, nama pengenal, alamat pengenal dan nombor kad pengenalan pengenal; |
(v) | sebarang maklumat yang kami perlukan dari masa ke semasa yang berkaitan dengan hubungan komersial antara anda dan Nadayu; |
| (selepas ini dirujuk sebagai “Data Peribadi anda”) |
2. SUMBER DATA PERIBADI
Untuk membolehkan kami memberikan anda perkhidmatan yang bersesuaian, kami mungkin akan mengumpul Data Peribadi yang diperolehi anda serta maklumat daripada sumber-sumber yang termasuk tetapi tidak terhad kepada:-
(i) | maklumat yang diberikan oleh anda dan antara lain, maklumat yang didapati daripada borang pendaftaran, borang jualan, serta laman web kami; |
(ii) | sumber umum seperti direktori; |
(iii) | pembekal perkhidmatan pihak ketiga, rakan kongsi perniagaan, serta badan-badan berkanun dan pihak berkuasa; |
(iv) | kewajipan undang-undang atau carian dengan pihak-pihak berkuasa yang berkenaan, agensi pelaporan kredit, dan agensi-agensi berkaitan yang dibenarkan untuk mengumpul, mengguna, dan memproses data peribadi; |
(v) | peguam, perunding, juruaudit, akauntan, ahli bank, dan sebarang pihak relevan/pembekal perkhidmatan; dan |
(vi) | komunikasi lain yang bertulis dan lisan di antara anda dan kami atau ejen yang dibenarkan oleh kami. |
3. TUJUAN PEMPROSESAN
Dalam urusan memberikan anda perkhidmatan kami dan menjalani aktiviti-aktiviti perniagaan kami, kami serta pembekal-pembekal perkhidmatan kami mungkin perlu memproses Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan yang berikut:-
(i) | untuk berkomunikasi dengan anda, seperti jemputan untuk pelancaran projek kami pada masa kini atau masa hadapan, acara dan pameran, serta penghantaran maklumat-maklumat seperti surat berita, e-mel, risalah-risalah, surat dan notis; |
(ii) | untuk menilai permohonan atau permintaan anda untuk produk dan perkhidmatan kami; |
(iii) | untuk memudahkan proses penyediaan dokumentasi yang diperlukan berhubungan dengan urus niaga komersial termasuk, tetapi tidak terhad kepada, penyediaan perjanjian jual beli dan dokumen yang kerkaitan; |
(iv) | untuk menghantar notis tuntutan berperingkat dan dokumen lain yang berkaitan dengan urus niaga komersial; |
(v) | untuk mengesahkan status kewangan anda melalui rujukan kredit, pemeriksaan laporan serta pemeriksaan latar belakang anda yang dianggap perlu; |
(vi) | untuk memproses transaksi pembayaran anda dan mengutip bayaran tertunggak anda; |
(vii) | untuk menjalankan aktiviti pemasaran dan aktiviti profil pelanggan; |
(viii) | untuk mengekalkan dan menjaga rekod dan data pelanggan; |
(ix) | untuk menjalankan dan melaksanakan analisis/tinjaun pasaran, demografik, atau trend; |
(x) | untuk menjawab pertanyaan anda; |
(xi) | untuk penyerahan harta/produk kami (seperti penyerahan kunci dan kerja-kerja pembaikian); |
(xii) | untuk berurusan dengan hal-hal pentadbiran, tuntuan bayaran, aduan, dan tujuan-tujuan lain berhubung harta-harta kami; |
(xiii) | untuk memindah atau menyerah hak-hak, kepentingan dan obligasi kami di bawah sebarang perjanjian anda dengan kami; |
(xiv) | untuk melindungi atau menguatkuasakan hak-hak kami untuk mengutip hutang anda kepada kami; |
(xv) | untuk tujuan-tujuan lain yang dikehendaki atau dibenarkan oleh mana-mana undang-undang, peraturan, garis panduan dan pihak berkuasa yang berkaitan. |
| (selepas ini dirujuk sebagai "Tujuan"). Anda bersetuju dan memberi kebenaran kepada kami untuk mengumpul dan memproses Data Peribadi anda dalam cara-cara yang tertulis di dalam Notis ini. |
4. PENDEDAHAN DATA PERIBADI
Kami mungkin mengambil syarikat-syarikat lain, pembekal perkhidmatan, atau ahli-ahli profesional untuk melaksanakan fungsi-fungsi bagi pihak kami dan oleh itu mungkin mendedahkan Data Peribadi anda kepada kelas pihak-pihak ketiga tersebut dan anda bersetuju dan membenarkan kami untuk menyediakan dan mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga seperti yang disenaraikan di bawah (tidak menyeluruh): -
(i) | pihak berkuasa dan kerajaan dan/atau agensi pengawal selia industri bagi mematuhi keperluan undang-undang dan kerajaan; |
(ii) | pembekal perkhidmatan teknologi maklumat (IT); |
(iii) | agensi-agensi kerajaan, badan-badan berkanun, dan pengawal selia industri; |
(iv) | juruaudit luar, perunding, akauntan, peguamcara, jurubank, ejen hartanah atau lain-lain penasihat kewangan atau profesional; |
(v) | pembekal insurans; |
(vii) | kontraktor atau pembekal perkhidmatan atau produk pihak ketiga; |
(viii) | syarikat-syarikat pengurusan harta pihak ketiga; |
| (selepas ini dirujuk sebagai “Pihak Ketiga”) |
5. PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
Kami mengambil langkah berjaga-jaga, dari segi pentadbiran dan teknikal, untuk melindungi Data Peribadi anda daripada kehilangan, kecurian, salah guna dan pengaksesan yang tidak dibenarkan, pendedahan, penggunaan, pengubahan atau pemusnahan.
6. AKIBAT KEGAGALAN MEMBEKALKAN DATA PERIBADI
Pembekalan Data Peribadi anda kepada kami adalah secara sukarela. Walau bagaimanapun, jika anda tidak membekalkan maklumat dan tidak membenarkan pemprosesan Data Peribadi anda, kami tidak akan dapat berkomunikasi dengan anda atau memberi anda maklumat mengenai produk dan perkhidmatan kami seperti yang anda perlukan, termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut: -
(i) | untuk mengemas kini maklumat terbaru mengenai produk dan perkhidmatan kami kepada para pelanggan/bakal pelanggan kami, acara yang akan datang, serta bahan-bahan pemasaran dan komersial yang mungkin menarik minat anda; |
(ii) | untuk mentadbir dan menguatkuasakan transaksi komersial (iaitu memperolehi maklumat untuk penyediaan perjanjian jual beli berhubung dengan pembelian produk dan perkhidmatan kami); dan |
(iii) | untuk menghantar notis tuntutan bayaran berperingkat berkaitan dengan transaksi komersial. |
7. PENGEKALAN DATA PERIBADI ANDA
Oleh kerana kemudahan dan perkhidmatan penyimpanan maklumat kami mungkin terletak di wilayah yang lain, Data Peribadi anda mungkin dipindahkan, disimpan, digunakan, atau diproses di dalam atau di luar Malaysia.
Kami akan mengekalkan Data Peribadi anda selama yang diperlukan untuk memenuhi Tujuan-tujuan yang disebut atau seperti yang dikehendaki bagi tujuan undang-undang, pengawalseliaan, dan perakaunan.
Anda faham dan membenarkan pemindahan dan pengekalan Data Peribadi anda seperti yang dinyatakan di atas.
8. PENGAKSESAN, PEMBETULAN DAN PEMBATASAN PEMPROSESAN DATA PERIBADI ANDA
Anda boleh mengakses dan memohon membuat pembetulan kepada Data Peribadi anda di mana data peribadi adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak dikemaskinikan, serta membataskan atau menarik balik kebenaran untuk memproses Data Peribadi anda pada bila-bila masa secara bertulis terlebih dahulu. Akses kepada Data Peribadi anda boleh dipohon dengan bayaran yang ditetapkan.
Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan, permintaan, atau aduan berkenaan dengan Data Peribadi anda melalui butiran berikut:
Bahagian: | Jualan & Pemasaran |
Alamat: | Nadayu Properties Berhad
No. 8, Jalan Jurutera U1/23, Seksyen U1
Kawasan Perindustrian Hicom Glenmarie
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan |
Tel: | +(603)5569 7363 |
Fax: | +(603)5569 7362 |
Emel: | pdpa@nadayu.com.my |